Wednesday, 28 November 2012

Rancangan Pemasaran


RANCANGAN PEMASARAN
1)      Perkhidmatan dan Barangan yang Ditawarkan
a)      Produk  yang  di tawarkan  ialah  pakaian dan kraftangan yang terdiri daripada kain pasang, baju batik, kain batik dan bagi kraftangan pula seperti beg, selipar, terompah,  dan lain-lain produk yang berasaskan batik.
b)      Produk kami yang pasarkan mempunyai keistimewaan  tersendiri, berbanding  produk   keluaran syarikat lain, kerana syarikat Simply Batik & Handicrafts sentiasa menawarkan pilihan baru dan mesra pelanggan selain ia dijamin bersih dari benda yang meragukan, dan kami juga memberi jaminan barangan ini diproses dan mendapat pengesahan daripada   pihak  JAKIM  dan   100%  halal dari segi bahan-bahan yang kami gunakan.
c)      Pihak kami bersedia menerima tempahan dari pelbagai agensi,sekolah dan lain-lain. Pihak kami juga menawarkan tempahan  daripada asrama,iaitu asrama sekolah,institusi pengajian tinggi atau pemborong untuk mendapatkan produk kami,yang paling istimewa syarikat kami menyediakan ruang untuk majlis-majlis  tertentu contohnya sambutan hari lahir,ulang tahun perkahwinan dan sebagainya yang mana ia  tidak di lakukan oleh syarikat lain.
d)     Kami sentiasa melayan aduan dan cadangan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan keluaran produk kami,bagi memastikan mutu dan kualiti  ia sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.Ini penting kerana syarikat kami sentiasa peka dengan kehendak pelanggan dan kami akan sentiasa memberi khidmat dan barang yang bermutu dan terbaik untuk memenuhi citarasa pelanggan yang kami hargai.

1)      Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran kedai ini terdiri daripada pelanggan yang terdapat di sekitar  kawasan Kuala Lumpur, pasaraya, restoran-restoran, pemborong-pemborong, pelajar sekolah, serta membuat tempahan-tempahan daripada luar kawasan terutamanya pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

a)      Penduduk di sekitar kawasan Kuala Lumpur di anggarkan melebihi 50,000 orang penduduk. Kami juga menjangkakan bakal pelanggan kami sebahagian besar terdiri daripada bangsa melayu kerana terdapat juga bangsa cina yang membuka kedai seperti ini dan hasil tangan mereka berbeza berbanding hasil tangan melayu.     syarikat kami menjamin barang buatan yang  berkualiti.

b)      Pada permulaan perniagaan yang kami jalankan adalah menawarkan harga yang berpatutan yang lebih rendah daripada pesaing-pesaing kami kerana itu adalah strategi promosi syarikat kami untuk menarik hati pelanggan yang baru mengenali kedai kami.

c)      Syarikat kami juga menawarkan harga yang murah untuk pelanggan tetap  dengan memberi potongan harga yang bersesuaian, selain itu juga kami juga akan sentiasa mempelbagai jenis corak dan hasil tangan yang halus dan berbeza-beza supaya ia menepati citarasa pelanggan.

1)      Saiz Pasaran

Saiz pasaran yang terlibat adalah meliputi keseluruhan kawasan Kuala Lumpur, Simply Batik & Handicraft akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 15% syer pasaran daripada jumlah syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama. Bagi perancangan yang awal, syarikat kami telah mengenal pasti dan membuat tinjauan untuk memastikan  segala kegiatan pemasaran syarikat ini dapat beroperasi dengan lancar, memandangkan keadaan  lokasi syarikat ini terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai dimana terdapat banyak agensi-agensi swasta, kerajaan, penduduk di kawasan perumahan yang berdekatan dan juga pelajar-pelajar sekolah.
Saiz pasaran untuk perniagaan kedai ini berdasarkan kepada dua faktor iaitu jualan pada hari biasa dan jualan pada hari minggu, di mana hari minggu terdapat jumlah pelanggan akan bertambah. Kami menganggarkan saiz pasaran di perolehi bersamaan dengan penduduk seramai 50,000  orang. Pelanggan yang akan membeli di anggarkan 50 %.
Saiz  pasaran kami juga berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja atau yang masih menuntut di sekolah, kami menetapkan harga berdasarkan  faktor tersebut, kerana yang masih menuntut  harga boleh di runding, dan kami menawarkan pekerjaan kepada suri rumah yang ingin menjana ekonomi mereka.

1)      Pesaing-pesaing utama
Terdapat beberapa syarikat pesaing yang telah lama bertapak di dalam perniagaan membuat batik di kawasan pasaran yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ini terletak pada pengurusan keseluruhan operasi, lokasi dan sambutan pelanggan. Berdasarkan kaji selidik yang di jalankan terdapat dikawasan sekitar Kuala Lumpur serta daerah yang berhampiran.
1)      Wan Mohd Rasool B. Wan Abdullah- person in charge
38, Wisma Wahida
50350 Kuala Lumpur.

2)      Puan Faizatul Maili Ghazali- Manager
6G, jalan Ara SD 7/3A
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur.

3)      Mr David Ng-director
no 9, jalan 30D/146
desa tasik
57000 Sungai Besi
Kuala Lumpur.
1)      Kekuatan dan kelemahan pesaing
Pesaing adalah di antara cabaran yang utama dalam dunia perniagaan, perkara ini sememangnya tidak dapat di elakkan dalam dunia perniagaan. Apa yang perlu di lakukan dalam dunia perniagaan ini ialah melihat dan merebut peluang yang ada, cekal melakukan penyelidikan, tinjauan serta mendapat perkhidmatan, nasihat dari pakar untuk mendapatkan pandangan bagi membantu memajukan perniagaan.Kami telah mengenal pasti antara kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada setiap pesaing-pesaing syarikat kami iaitu:-
a)      Kekuatan  pesaing-pesaing:-
                                i.            Telah lama dalam bidang perniagaan dan mempunyai modal besar.
                              ii.            Pada bila-bila masa boleh meluaskan lagi lingkungan perniagaan terutama kawasan sasaran.
                            iii.            Telah lama bertapak di bidang perniagaan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perniagaan serta cekap mencari pasaran baru.
                            iv.            Pesaing-pesaing mempunyai ramai  pelanggan tetap dan ini juga dapat membantu mereka menguasai pasaran. Kebanyakkan pesaing mempunyai ramai kenalan di mana dapat membantu menguasai pasaran di sekitar kawasan pasaran serta mempunyai pelanggan tetap.
                              v.            Pesaing-pesaing mempunyai banyak pilihan produk yang di sediakan berbeza-beza antara satu sama lain dan ini juga membantu melariskan jualan produk masing-masing.

a)      Kelemahan-kelemahan pesaing:-
                                i.            Ada di antara pesaing-pesaing meletakkan harga yang tinggi pada sesetengah produk dan perkhidmatan mereka.Ini menyebabkan kurangnya sambutan dari pelanggan.
                              ii.            Ada pesaing menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu dalam menyediakan produk mereka dengan rupa yang menarik sedangkan dari segi mutu dan kualiti kurang mencapai kehendak dan cita rasa pelanggan.
                            iii.            Sesetengah syarikat-syarikat pesaing kurang mengadakan promosi memandangkan mereka telah lama beroperasi menyebabkan promosi terhadap barang mereka  semakin berkurang.Keadaan ini  dapat membantu perniagaan kami menjadi lebih maju.
                            iv.            Selain daripada kelemahan yang terdapat di atas, produk  yang di tawarkan tidak begitu menarik dan di buat dari bahan yang kurang bermutu dan menyebabkan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.













RANCANGAN KEWANGAN


RANCANGAN KEWANGAN
Merancang kewangan merupakan aspek penting yang menentukan kelangsungan perniagaan.Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi.
Rancangan kewangan ini perlu dikenal pasti bagi melihat sama ada perniagaan mempunyai keupayaan dan kemampuan dari segi kewangan untuk menjalankan projek atau perniagaan tersebut. Rancangan Kewangan juga dapat memberi gambaran yang jelas mengenai pulangan yang bakal diperolehi di atas pelaburan modal yang akan dibuat.
Perancangan kewangan perniagaan melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.

ANGGARAN KOS PERMULAAN
Kos-kos permulaan yang terlibat adalah :
1) Kos Pembangunan
2) Kos Operasi
3) Kos Pengeluaran

1) Kos Pembangunan
1.1 Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana

BIL
PERKARA
KOS (RM)
1.
Sumber Air
RM 2,500
2.
Sumber Elektrik
RM 2,000
3.
Bangunan Pejabat Operasi
RM 15,000
4.
Stor Peralatan
RM 7,500
5.
Pusat Pengumpulan Hasil
RM 8,500
JUMLAH KOS
RM 35,500

2) Kos Operasi ( 4 Bulan )
Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 4 bulan.
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan

BIL
PERKARA
BAYARAN BULANAN (RM)
KOS BAGI 4 BULAN (RM)
1.
Penyelia (4 orang)
RM 8,000
RM 32,000
2.
Kakitangan (20 orang)
RM 20,000
RM 80,000
JUMLAH KOS
RM 28,000
RM 112,000

ii) Utiliti Dan Pengendalian

BIL
PERKARA
BAYARAN
BULANAN (RM)
KOS BAGI 4
BULAN (RM)
1.
Sewa
RM 2,500
RM 10,000
2.
Air
RM 1,000
RM 4,000
3.
Elektirk
RM 300
RM 1,200
4.
Telefon dan Faksimili
RM 250
RM 1,000
5.
Alat Tulis dan keperluan pejabat
RM 600
RM 2,400
6.
Mesin dan peralatan
RM 82,200
RM 328,800
7.
Petty Cash
RM 1,000
RM 4,000
JUMLAH KOS
RM 5,650
RM 22,600


3) Kos Pengeluaran
Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan mentah seperti organza, sodium silicate, white candle, soda ach dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan untuk menghasilkan batik dan kraftangan.
3.1)  Anggaran Kos Pengeluaran







Aliran Tunai Musim 3 :


Aliran Tunai Satu Tahun : 



 DAYA MAJU PROJEK
Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:
1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV
2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR
3) Jangka Masa Pulang Balik Modal
Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini, kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.



NPV @ 10% =
IRR (%) =
Tempoh Pulang Modal =  2 tahun












Conclusion


PENUTUP
Secara keseluruhannya, perusahaan batik dan kraf tangan  ini mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada syarikat kami dalam jangka masa panjang.Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kerana kenaikan kos bahan, dan kenaikan kos operasi disebabkan oleh kenaikan harga kain dan lain-keperluan , namun ia dapat diseimbangkan dengan permintaan  terhadap batik pada masa kini.

Permintaan yang tinggi dari pengguna dalam pelbagai sektor, menunjukkan bahawa batik dan kraf tangan ini sangat diperlukan pada masa kini. Walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahaan batik  di Malaysia, namun kami yakin dan percaya Simply Batik & Handicrafts  mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan boleh memberi kepuasan kepada pengguna.

Dengan mengambil kira faktor semasa dan dibantu oleh kakitangan, pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa perusahaan ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa yang panjang.

Berdasarkan dari anggaran serta analisis yang dibuat Simply Batik & Handicrafts ini, mampu memenuhi permintaan pelanggan terhadap batik dan kraf tangan yang bermutu dan berkualiti. Semoga kami akan lebih terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara.

Wednesday, 31 October 2012

Ting tang ting tong.....

hye..hye..hye..!!

how are you today ??


still at your laptop or pc? ---> good ! ^_<


please stay your eyes to see the latest news about US..=D





oppsss..what's gonna happen ?? 

>_< did your laptop got some problem to review ? =P



please refresh your laptop again.... 



.................................and again...............................



.................................and again................................



yeahh........and again............................................




.....................................alright......................................







now you see something there ? =)


that was OUR NEW LOGO....(=



if you see it at anywhere, please spend your time there.. ^_^




see you next time..=)))