RANCANGAN PENTADBIRAN
Kejayaan sebuah perniagaan bergantung kepada
kecekapan usahawan dalam mengurus dan mentadbir perniagaan, oleh itu untuk
mencapai kejayaan atau sistem gerak kerja yang kemas dan teratur mesti di
utamakan.
PENGENALAN ORGANISASI
SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS
terletak di No.30 Jalan Megan Setapak, Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan,
53300 Kuala Lumpur. Ianya lebih tertumpu
kepada pengeluaran batik dan kraf tangan.. Syarikat ini adalah milik
perkongsian antara kami tujuh orang dan kami bertekad untuk mengusahakan
beberapa jenis tekstil batik dan kraf tangan berasaskan batik untuk
diperkenalkan kepada pelanggan daripada pelbagai peringkat umur. Pada tahun pertama, kami bercadang untuk
mengeluarkan beberapa jenis batik dan kraf tangan.
BENTUK BANGUNAN DAN KEMUDAHAN ASAS
Jenis bangunan adalah berbentuk
bangunan kilang yang mempunyai ruangan canting, stor simpanan barang jualan,
bilik operasi dan ruang pejabat.
Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti
bekalan air, elektrik, telefon, serta alat pemadam api.
HURAIAN TUGAS SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS
PENGURUS
·
Bertanggungjawab
dalam keseluruhan perjalanan aktiviti dan pengurusan perniagaan agar berada di
dalam keadaan lancar serta bertanggungjawab sebagai perunding utama bagi
perniagaan.
·
Membuat
keputusan berdasarkan keutamaan melalui maklumat-maklumat yang diperolehi dan
mengimbangkan matlamat organisasi.
·
Memastikan
pekerja-pekerja menjalankan tugas dengan sempurna.
·
Menjaga
kebajikan para pekerja dan tugas pentadbiran.
PEGAWAI PEMASARAN
·
Sentiasa
memikirkan idea-idea untuk mempromosikan produk perniagaan.
·
Merancang strategi pemasaran untuk mencapai
sasaran pasaran.
·
Berurusan
dengan pihak yang mempunyai potensi untuk meluaskan pasaran.
·
Bertindak
untuk mempelbagaikan produk dari masa ke semasa dan melayan pelanggan.
AKAUNTAN
·
Menyediakan
belanjawan tahunan perniagaan.
·
Menyediakan
laporan kewangan tahunan.
·
Pengawal
sumber kewangan perniagaan.
·
Menyelaraskan
kerja-kerja personal di bahagian kewangan.
PENCANTING / PEREKA BATIK
·
Mereka
cipta design . corak batik syarikat
·
Menyelaraskan
pameran batik
CARTA ORGANISASI
JADUAL JAWATAN DAN
BILANGAN PEKERJA
BIL.
|
JAWATAN
|
BILANGAN
|
1.
|
Pengurus
|
1
|
2.
|
Pegawai Pemasaran
|
2
|
3.
|
Akauntan
|
1
|
4.
|
Pencanting batik
|
3
|