Wednesday, 28 November 2012

Continue Rancangan Pemasaran



a)      Kelemahan-kelemahan pesaing:-
                                i.            Ada di antara pesaing-pesaing meletakkan harga yang tinggi pada sesetengah produk dan perkhidmatan mereka.Ini menyebabkan kurangnya sambutan dari pelanggan.
                              ii.            Ada pesaing menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu dalam menyediakan produk mereka dengan rupa yang menarik sedangkan dari segi mutu dan kualiti kurang mencapai kehendak dan cita rasa pelanggan.
                            iii.            Sesetengah syarikat-syarikat pesaing kurang mengadakan promosi memandangkan mereka telah lama beroperasi menyebabkan promosi terhadap barang mereka  semakin berkurang.Keadaan ini  dapat membantu perniagaan kami menjadi lebih maju.
                            iv.            Selain daripada kelemahan yang terdapat di atas, produk  yang di tawarkan tidak begitu menarik dan di buat dari bahan yang kurang bermutu dan menyebabkan kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.
1)      STRATEGI PEMASARAN
        i.            Strategi promosi
Promosi merupakan salah satu strategi yang sangat penting untuk dititik beratkan dalam melaksanakan rancangan pemasaran secara keseluruhan yang bertujuan untuk memperkenalkan syarikat kami beserta memberi makluman kepada penduduk Kuala Lumpur tentang kewujudan syarikat kami yang baru beroperasi. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami.
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Simply Batik & Handicraft bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran. Antaranya adalah seperti berikut:
a)      Memberikan profil perniagaan kepada pembekal-pembekal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.

b)      Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dengan pemberian kad ahli untuk menikmati sebarang tawaran istimewa daripada syarikat kami. Disini kami mencadangkan beberapa design kad keahliah syarikat kami.

c)      Kami juga akan mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan yang strategik yang menjadi tumpuan dan laluan sibuk orang ramai seperti perhentian bas, teksi, shopping kompleks dan sebagainya. Kami juga akan memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran dan pembukaan syarikat kami.
a)      Kami akan mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan untuk memudahkan segala urusan.
b)      Kami akan menyediakan unit beruniform yang seragam dan kemas kepada para pekerja sebagai mencipta imej korporat kepada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

Bil
Perkara
Kos sebulan (RM)
1
Kad perniagaan
RM 50
2
Pamphlet
RM100
3
Papan tanda
RM500

JUMLAH
RM650



        i.            Strategi Barangan
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan juga sentiasa berkualiti dengan harganya yang sesuai dan berpatutan. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa diterima oleh para pelanggan. Setiap jenis produk yang kami keluarkan, kami mementingkan mutu serta menjamin kualiti produk supaya produk kami sentiasa berada dalam keadaan kekal dengan kualitinya dan corak batik tersebut. Antara strategi untuk menjamin kualiti dan mutu barangan keluaran kami ialah :
1.      Memastikan reka bentuk ataupun corak batik setiap produk yang dikeluarkan dapat menarik minat serta perhatian para pelanggan.
2.      Setiap jenis produk  yang akan dijual akan dipamerkan di atas rak-rak bagi memudahkan pelanggan membuat pelbagai pilihan
3.      Setiap produk kami akan dilabelkan dengan nama dan tanda harga.
4.      Mutu perkhidmatan adalah aspek yang paling penting untuk menarik pelanggan dan juga menyakinkan pelanggan tentang perkhidmatan yang akan di berikan.
5.      Pengiklanan memainkan peranan yang penting  dalam memperkenalkan perkhidmatan bagi perniagaan yang baru bertapak. Ia bertujuan untuk memberitahu orang ramai akan kewujudan kedai kami dan seterusnya mengiklankan perniagaan ini melalui risalah-risalah, papan tanda dan kad perniagaan.

        i.            Strategi  harga
Penetapan harga yang diletakkan keatas produk dan perkhidmatan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan “price follower” atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing yang lain.
1.      Harga jualan bersesuaian dengan harga pasaran yang telah sedia ada seperti yang dijual di kedai-kedai lain.
2.      Penetapan harga juga mengambil kira bentuk, pendapat pelanggan, kos pengeluaran juga bergantung kepada bahan mentah dan upah tenaga kerja.
3.      Setiap unit pengeluaran kami menetapkan untung sebanyak 50% kos pengeluaran dan brdasarkan kepada harga pesaing.
4.      Sebagai permulaan kami akan mengadakan jualan pada harga yang lebih murah daripada harga asal daripada tempoh dua minggu pembukaan kedai kami. Pada harga ini dinamakan harga pengenalan dan akan mengambil keuntungan 25% daripada kos pengeluaran.

      ii.            Strategi edaran
Pada peringkat permulaan, kami hanya mengadakan jualan secara terus di kedai kepada pelanggan, dengan cara ini pelanggan bebas memilih jenis produk yang ditawarkan. Setiap jenis produk akan dilabelkan dengan nama dan harga tertentu. Bayaran akan dibuat di kaunter dan dibungkus menggunakan bungkusan khas kedai kami. Selain daripada itu, kami juga akan menerima tempahan daripada persatuan-persatuan ataupun agen yang menginginkan keseragaman dalam pakaian dan kraftangan bercorak batik




No comments:

Post a Comment