Wednesday, 28 November 2012

Perancangan Pentadbiran


RANCANGAN PENTADBIRAN

 Kejayaan sebuah perniagaan bergantung kepada kecekapan usahawan dalam mengurus dan mentadbir perniagaan, oleh itu untuk mencapai kejayaan atau sistem gerak kerja yang kemas dan teratur mesti di utamakan.
PENGENALAN ORGANISASI
SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS terletak di No.30 Jalan Megan Setapak, Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan, 53300  Kuala Lumpur. Ianya lebih tertumpu kepada pengeluaran batik dan kraf tangan.. Syarikat ini adalah milik perkongsian antara kami tujuh orang dan kami bertekad untuk mengusahakan beberapa jenis tekstil batik dan kraf tangan berasaskan batik untuk diperkenalkan kepada pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.  Pada tahun pertama, kami bercadang untuk mengeluarkan beberapa jenis batik dan kraf tangan.
BENTUK BANGUNAN DAN KEMUDAHAN ASAS
Jenis bangunan adalah berbentuk bangunan kilang yang mempunyai ruangan canting, stor simpanan barang jualan, bilik operasi dan ruang pejabat.
Bangunan  ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon, serta alat pemadam api.

HURAIAN TUGAS SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS

PENGURUS
·         Bertanggungjawab dalam keseluruhan perjalanan aktiviti dan pengurusan perniagaan agar berada di dalam keadaan lancar serta bertanggungjawab sebagai perunding utama bagi perniagaan.
·         Membuat keputusan berdasarkan keutamaan melalui maklumat-maklumat yang diperolehi dan mengimbangkan matlamat organisasi.
·         Memastikan pekerja-pekerja menjalankan tugas dengan sempurna.
·         Menjaga kebajikan para pekerja dan tugas pentadbiran.

PEGAWAI PEMASARAN
·         Sentiasa memikirkan idea-idea untuk mempromosikan produk perniagaan.
·          Merancang strategi pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran.
·         Berurusan dengan pihak yang mempunyai potensi untuk meluaskan pasaran.
·         Bertindak untuk mempelbagaikan produk dari masa ke semasa dan melayan pelanggan.

AKAUNTAN
·         Menyediakan belanjawan tahunan perniagaan.
·         Menyediakan laporan kewangan tahunan.
·         Pengawal sumber kewangan perniagaan.
·         Menyelaraskan kerja-kerja personal di bahagian kewangan.

PENCANTING / PEREKA BATIK
·         Mereka cipta design . corak batik syarikat
·         Menyelaraskan pameran batik



CARTA ORGANISASI


Down Arrow Callout: PENGURUS














     JADUAL JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA

BIL.
JAWATAN
BILANGAN
1.
Pengurus
1
2.
Pegawai Pemasaran
2
3.
Akauntan
1
4.
Pencanting batik
3


No comments:

Post a Comment