PENGENALAN
Batik ialah
kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal
kerana mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya
sebagai penggunaan tekstil. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua
lapisan masyarakat malah digemari juga oleh pelancong-pelancong sebagai
cenderahati untuk saudara mara mereka ataupun untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu.
Dahulu batik
dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha
dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik
dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan reka hias pakaian fesyen
terkini.
Di tanah air
kita sendiri, batik menjadi popular
sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik dimartabatkan sebagai pakaian
rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan
seperti menghadiri mesyuarat, perjumpaan, mengikuti program-program besar
besaran dan lain lain.
Berdasarkan
pada permintaan dalam tekstil batik dan kraf tangan yang semakin meningkat di negara ini, maka kami bercadang untuk
menubuhkan perniagaan ini. Kraf tangan juga menjadi popular kerana ia boleh
dijadikan cenderahati terutamanya apabila pelancong-pelancong asing dari luar
negara datang ke negara kita.
Sempena dengan
ini, kami telah memilih SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS sebagai nama syarikat kami . Syarikat ini
adalah milik perkongsian antara kami tujuh orang dan kami bertekad untuk
mengusahakan beberapa jenis tekstil batik dan kraf tangan berasaskan batik untuk diperkenalkan kepada pelanggan daripada
pelbagai peringkat umur.
SIMPLY BATIK
& HANDICRAFTS terletak No.30, Jalan
Megan Setapak, Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan 53300, Kuala Lumpur. Ianya
lebih tertumpu kepada pengeluaran batik dan kraf tangan. Pada tahun pertama,
kami bercadang untuk mengeluarkan beberapa jenis batik dan kraf tangan.
Bagi
menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan batik kami akan menghasilkan batik
dengan pelbagai corak dan harga yang berpatutan. Kami akan menggunakan
pendekatan yang lebih sistematik untuk menghasilkan batik yang bermutu dan
berkualiti. Selain itu, syarikat kami juga akan menghasilkan kraf tangan yang
berkualiti,cantik dengan harga yang berpatutan.
Sekiranya
produk ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di pasaran, kami akan
meluaskan lagi perniagaan kami dengan membuka lebih banyak cawangan di samping
memperbaiki mutu produk dari semasa ke semasa untuk menambah bilangan pelanggan dan menarik rakyat
Malaysia menggunakan batik di samping membeli kraf tangan berasaskan batik.
Visi:
Visi kami adalah untuk menggunakan
pendekatan teknologi terkini di dalam penghasilan batik,kraf tangan dan seterusnya menghasilkan batik dan kraf
yang berkualiti serta menjadi tarikan orang ramai untuk menggunakannya.
Misi:
·
Pengeluaran
yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan
kaedah pemprosesan yang baik dan
sistematik.
·
Menggunapakai
teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi
dan penjimatan tenaga buruh.
Motto:
‘Kepuasan pelanggan matlamat kami”
No comments:
Post a Comment