Wednesday, 28 November 2012

Ringkasan Eksekutif


RINGKASAN EKSEKUTIF
Syarikat SIMPLY BATIK & HANDICRAFTS  akan  ditubuhkan pada Disember 2013.Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang perusahaan batik dan kraf tangan secara eksklusif dan lebih khusus untuk  memartabatkan batik di Malaysia. Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan menggalakkan pemakaian  batik di kalangan pekerja sektor kerajaan pada hari Khamis.
Syarikat ini akan di buka  di Jalan Megan Setapak, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana kami akan menyewa bangunan di kawasan tersebut. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengeluarkan batik sebanyak  3000 helai dan sedikit kraf tangan berasaskan bati
Dari segi kewangan, syarikat kami  memerlukan pinjaman dari pihak MARA  dan  Bank Islam sebanyak  RM 900,000 untuk membiayai kos permulaan perusahaan batik dan kraf tangan. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Mara dan Bank Islam  dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan perusahaan ini.
Selain itu, untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat kami , kami juga telah membina laman web untuk para pelanggan melihat contoh-contoh batik dan kraf tangan dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian, para pelanggan boleh membuat tempahan menerusi laman web yang disediakan ataupun menghubungi syarikat  kami melalui nombor telefon yang terdapat  pada lampiran.

No comments:

Post a Comment