PENUTUP
Secara
keseluruhannya, perusahaan batik dan kraf tangan ini mampu memberi keuntungan yang lumayan
kepada syarikat kami dalam jangka masa panjang.Walaupun kos permulaan yang
tinggi bagi pembangunan infastruktur kerana kenaikan kos bahan, dan kenaikan
kos operasi disebabkan oleh kenaikan harga kain dan lain-keperluan , namun ia
dapat diseimbangkan dengan permintaan terhadap
batik pada masa kini.
Permintaan yang
tinggi dari pengguna dalam pelbagai sektor, menunjukkan bahawa batik dan kraf
tangan ini sangat diperlukan pada masa kini. Walaupun adanya pertambahan
pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahaan batik di Malaysia, namun kami yakin dan percaya Simply
Batik & Handicrafts mampu menghasilkan
produk yang berkualiti dan boleh memberi kepuasan kepada pengguna.
Dengan
mengambil kira faktor semasa dan dibantu oleh kakitangan, pengurusan yang mahir
dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawa
perusahaan ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan
dalam jangka masa yang panjang.
Berdasarkan dari anggaran serta
analisis yang dibuat Simply Batik & Handicrafts ini, mampu memenuhi
permintaan pelanggan terhadap batik dan kraf tangan yang bermutu dan
berkualiti. Semoga kami akan lebih terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di
luar negara.
No comments:
Post a Comment