RANCANGAN PEMASARAN
1)
Perkhidmatan dan Barangan yang Ditawarkan
a)
Produk yang
di tawarkan ialah pakaian dan kraftangan yang terdiri daripada
kain pasang, baju batik, kain batik dan bagi kraftangan pula seperti beg,
selipar, terompah, dan lain-lain produk
yang berasaskan batik.
b)
Produk
kami yang pasarkan mempunyai keistimewaan
tersendiri, berbanding
produk keluaran syarikat lain, kerana
syarikat Simply Batik & Handicrafts sentiasa menawarkan pilihan baru dan
mesra pelanggan selain ia dijamin bersih dari benda yang meragukan, dan kami
juga memberi jaminan barangan ini diproses dan mendapat pengesahan
daripada pihak JAKIM dan
100% halal dari segi bahan-bahan
yang kami gunakan.
c)
Pihak
kami bersedia menerima tempahan dari pelbagai agensi,sekolah dan lain-lain. Pihak
kami juga menawarkan tempahan daripada
asrama,iaitu asrama sekolah,institusi pengajian tinggi atau pemborong untuk
mendapatkan produk kami,yang paling istimewa syarikat kami menyediakan ruang
untuk majlis-majlis tertentu contohnya
sambutan hari lahir,ulang tahun perkahwinan dan sebagainya yang mana ia tidak di lakukan oleh syarikat lain.
d)
Kami
sentiasa melayan aduan dan cadangan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati
dengan keluaran produk kami,bagi memastikan mutu dan kualiti ia sentiasa diperbaiki dari masa ke
semasa.Ini penting kerana syarikat kami sentiasa peka dengan kehendak pelanggan
dan kami akan sentiasa memberi khidmat dan barang yang bermutu dan terbaik
untuk memenuhi citarasa pelanggan yang kami hargai.
1)
Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran
kedai ini terdiri daripada pelanggan yang terdapat di sekitar kawasan Kuala Lumpur, pasaraya,
restoran-restoran, pemborong-pemborong, pelajar sekolah, serta membuat
tempahan-tempahan daripada luar kawasan terutamanya pada musim perayaan dan
majlis perkahwinan.
a)
Penduduk
di sekitar kawasan Kuala Lumpur di anggarkan melebihi 50,000 orang penduduk.
Kami juga menjangkakan bakal pelanggan kami sebahagian besar terdiri daripada
bangsa melayu kerana terdapat juga bangsa cina yang membuka kedai seperti ini
dan hasil tangan mereka berbeza berbanding hasil tangan melayu. syarikat kami menjamin barang buatan yang berkualiti.
b)
Pada
permulaan perniagaan yang kami jalankan adalah menawarkan harga yang berpatutan
yang lebih rendah daripada pesaing-pesaing kami kerana itu adalah strategi
promosi syarikat kami untuk menarik hati pelanggan yang baru mengenali kedai
kami.
c)
Syarikat
kami juga menawarkan harga yang murah untuk pelanggan tetap dengan memberi potongan harga yang
bersesuaian, selain itu juga kami juga akan sentiasa mempelbagai jenis corak
dan hasil tangan yang halus dan berbeza-beza supaya ia menepati citarasa
pelanggan.
1)
Saiz Pasaran
Saiz pasaran yang terlibat adalah
meliputi keseluruhan kawasan Kuala Lumpur, Simply Batik & Handicraft akan
cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 15% syer pasaran daripada jumlah syarikat
yang menjalankan perniagaan yang sama. Bagi perancangan yang awal, syarikat
kami telah mengenal pasti dan membuat tinjauan untuk memastikan segala kegiatan pemasaran syarikat ini dapat
beroperasi dengan lancar, memandangkan keadaan
lokasi syarikat ini terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai
dimana terdapat banyak agensi-agensi swasta, kerajaan, penduduk di kawasan
perumahan yang berdekatan dan juga pelajar-pelajar sekolah.
Saiz pasaran untuk perniagaan kedai
ini berdasarkan kepada dua faktor iaitu jualan pada hari biasa dan jualan pada
hari minggu, di mana hari minggu terdapat jumlah pelanggan akan bertambah. Kami
menganggarkan saiz pasaran di perolehi bersamaan dengan penduduk seramai
50,000 orang. Pelanggan yang akan
membeli di anggarkan 50 %.
Saiz
pasaran kami juga berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja
atau yang masih menuntut di sekolah, kami menetapkan harga berdasarkan faktor tersebut, kerana yang masih
menuntut harga boleh di runding, dan
kami menawarkan pekerjaan kepada suri rumah yang ingin menjana ekonomi mereka.
1)
Pesaing-pesaing utama
Terdapat beberapa syarikat pesaing
yang telah lama bertapak di dalam perniagaan membuat batik di kawasan pasaran
yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ini terletak pada
pengurusan keseluruhan operasi, lokasi dan sambutan pelanggan. Berdasarkan kaji
selidik yang di jalankan terdapat dikawasan sekitar Kuala Lumpur serta daerah
yang berhampiran.
1) Wan Mohd Rasool B. Wan Abdullah- person in charge
38, Wisma Wahida
50350 Kuala Lumpur.
38, Wisma Wahida
50350 Kuala Lumpur.
2) Puan Faizatul Maili Ghazali- Manager
6G, jalan Ara SD 7/3A
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur.
6G, jalan Ara SD 7/3A
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur.
3) Mr David Ng-director
no 9, jalan 30D/146
desa tasik
57000 Sungai Besi
Kuala Lumpur.
no 9, jalan 30D/146
desa tasik
57000 Sungai Besi
Kuala Lumpur.
1)
Kekuatan dan kelemahan pesaing
Pesaing adalah di antara cabaran
yang utama dalam dunia perniagaan, perkara ini sememangnya tidak dapat di
elakkan dalam dunia perniagaan. Apa yang perlu di lakukan dalam dunia
perniagaan ini ialah melihat dan merebut peluang yang ada, cekal melakukan
penyelidikan, tinjauan serta mendapat perkhidmatan, nasihat dari pakar untuk
mendapatkan pandangan bagi membantu memajukan perniagaan.Kami telah mengenal
pasti antara kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada setiap pesaing-pesaing
syarikat kami iaitu:-
a)
Kekuatan pesaing-pesaing:-
i.
Telah
lama dalam bidang perniagaan dan mempunyai modal besar.
ii.
Pada
bila-bila masa boleh meluaskan lagi lingkungan perniagaan terutama kawasan
sasaran.
iii.
Telah
lama bertapak di bidang perniagaan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang
perniagaan serta cekap mencari pasaran baru.
iv.
Pesaing-pesaing
mempunyai ramai pelanggan tetap dan ini
juga dapat membantu mereka menguasai pasaran. Kebanyakkan pesaing mempunyai
ramai kenalan di mana dapat membantu menguasai pasaran di sekitar kawasan
pasaran serta mempunyai pelanggan tetap.
v.
Pesaing-pesaing
mempunyai banyak pilihan produk yang di sediakan berbeza-beza antara satu sama
lain dan ini juga membantu melariskan jualan produk masing-masing.
a)
Kelemahan-kelemahan
pesaing:-
i.
Ada
di antara pesaing-pesaing meletakkan harga yang tinggi pada sesetengah produk
dan perkhidmatan mereka.Ini menyebabkan kurangnya sambutan dari pelanggan.
ii.
Ada
pesaing menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu dalam menyediakan produk
mereka dengan rupa yang menarik sedangkan dari segi mutu dan kualiti kurang
mencapai kehendak dan cita rasa pelanggan.
iii.
Sesetengah
syarikat-syarikat pesaing kurang mengadakan promosi memandangkan mereka telah
lama beroperasi menyebabkan promosi terhadap barang mereka semakin berkurang.Keadaan ini dapat membantu perniagaan kami menjadi lebih
maju.
iv.
Selain
daripada kelemahan yang terdapat di atas, produk yang di tawarkan tidak begitu menarik dan di
buat dari bahan yang kurang bermutu dan menyebabkan kurang mendapat sambutan
daripada pelanggan.
No comments:
Post a Comment