RANCANGAN
OPERASI
1) Pengenalan
Dalam mewujudkan perancangan yang dapat dijalankan
dengan sistematik dan berkualiti, rancangan operasi merupakan salah satu
rancangan yang terpenting sebagai medan utama untuk menjana rancangan tersebut.
Dengan adanya rancangan operasi ini membolehkan kita melaksanakan operasi
syarikat dengan jayanya. Oleh demikian itu, rancangan operasi perlulah
dititikberatkan dalam melaksanakan proses ke arah kejayaan sesuatu yang telah
dirancangkan. Hal ini kerana melalui
rancangan operasi ini dapat menentukan keuntungan mahupun kerugian bagi sesuatu
perniagaan yang akan bakal diusahakan. Penelitian sepenuhnya haruslah diambil
kira bagi mencapai keuntungan pada tahap maksimum dengan penggunaan kos yang
minimum. Di samping itu juga, rancangan operasi ini merupakan salah satu
jaringan atau rangkaian
aktiviti-aktiviti merancang, mengguna dan mengawal sumber yang ada bagi menghasilkan
sesuatu keluaran dan perkhidmatan. Ia adalah berasaskan sumber-sumber dari segi
tenaga pekerja, bahan mentah, mesin dan peralatan, kaedah pemprosesan teknologi
maklumat dan modal.
1)
Proses
Operasi
Untuk memastikan proses operasi membuat, mereka
corak kain, membersihkan dan mengeringkan serta menghasilkan corakan batik yang
berkualiti berjalan dengan lancar, maka pengurusan operasi haruslah menentukan
:-
1) Semua
pihak dalam bidang operasi harus memberi kerjasama dengan sepenuhnaya untuk mencapai objektif
operasi.
2) Membuat,
mereka corak kain, membersihkan dan mengeringkan serta menghasilkan corakan
batik yang berkualiti yang bermutu tinggi serta mampu memenuhi kepuasan dan
citarasa pelanggan amnya.
3) Memberi
perkhidmatan makanan segera di samping menjaga
citarasa dan sentiasa meningkatkan mutu serta kualiti dan memastikan
keluaran syarikat mencapai tahap kepuasan pelanggan.
4)
Memberi
perkhidmatan kepada pelanggan seperti bilik khas untuk aktiviti, kemudian surau
serta ruangan makan.
Syarikat ini akan memulakan perniagaan mulai 10 Mei
2013 dan operasi perniagaan hari isnin hingga ahad bermula pada jam 10 pagi
sehingga 10 malam. Pada setiap hari jumaat perniagaan akan ditutup bermula jam
12 tengahari sehingga jam 2 petang. Manakala operasi perniagaan akan di tutup
pada hari perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
No comments:
Post a Comment